Iklan

Auww.... radang Appendiks


Apa itu Apendiks?
Apendiks ialah tiub berhujung buntu yang pendek , kurus dan tersemat pada hujung sekum. Fungsinya tidak diketahui oleh manusia. Bengkak pada apendiks di panggil Radang Appendiks gambar rajah bahagian abdomen (bhg hujung usus sekum-apendiks)

Apa itu Radang Appendiks?
Radang appendiks ialah satu keadaan di mana appendiks menjadi bengkak

Apakah Penyebab Radang Apendiks?
Tidak diketahui sebabnya. Kadangkala mungkin di sebabkan appendiks tersumbat oleh sisa makanan atau bengkak pada kelenjar limpa.

Apakah Tanda atau Gejala Radang Apendiks?
Gejala:

* Gejala utama ialah sakit di perut (abdomen). Sakit bermula di bahagian pusat tengah dan kemudian ke bahagian bawah kanan perut (abdomen). Sakit akan bertambah apabila bergerak, batuk atau bersin.

Gejala Lain yang berkaitan

* Demam (selalunya demam rendah tetapi boleh menjadi tinggi)
* Loya dan kadang-kala muntah
* Sembelit atau cirit-birit
* Kurang selera makan
* Abdomen membengkak

Tanda-Tanda:

* Sakit apabila menekan secara perlahan di bahagian bawah kanan perut.
* Bertambah sakit apabila tekanan tersebut dilepaskan

Ujian:

* Ujian Darah untuk mengesan tanda jangkitan
* Ujian Kencing untuk mengesan jangkitan salur kencing

Tiada satu ujian khusus untuk membuat dignosa penyakit Radang appendiks. Diagnosa biasanya dibuat melalui penilaian klinikal. Diagnosa boleh menjadi sukar pada kanak-kanak dan orang tua.

Apakah Bahayanya Radang Appendiks?
Risiko untuk mendapat komplikasi akan berlaku jika Radang appendiks tidak dirawat dengan cepat seperti:-

* Pecah atau penembusan (perforation) pada appendiks, bolos atau keluarnya najis ke dalam perut dan menyebabkan jangkitan di lapisan perut (Peritonitis) dan boleh membawa maut.
* Himpunan nanah yang terbendung oleh tisu-tisu yang rosak dan bengkak

Apakah Rawatan untuk Radang Appendiks?
Rawatan pembedahan bagi mengeluarkan appendiks adalah diperlukan. Proses pemulihan adalah cepat jika tiada komplikasi.

Comments are closed.